Keusahawanan
Keusahawanan boleh didefinisikan sebagai
ciri-ciri yang dimiliki seseorang usahawan dalam menjana idea perniagaan.
Keusahawanan merupakan proses mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai
matlamat yang dihayati. Keusahawanan adalah di antara perkara yang penting
kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara dan
agama. Keusahawanan merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur
sikap, kemahiran, dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Baru, usahawan
didefinisikan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu
merupakan seorang pengusaha. Usahawan adalah seorang ahli perniagaan yang harus
mengambil risiko perniagaan. Usahawan bertanggungjawab untuk menggabungkan
semua faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, dan tanah untuk menghasilkan
barang dan perkhidmatan. Usahawan menerima ganjaran dalam bentuk keuntungan.
Usahawan merupakan orang yang berinovasi yang boleh melakukan sebarang
pembaharuan pada bila-bila masa. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang
menerajui perniagaannya. Oleh itu, usahawan bertanggungjawab menanggung
sebarang risiko perniagaan yang dihadapi. Usahawan mempunyai wawasan dan
sentiasa berkeinginan untuk mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran
masyarakat. Usahawan juga adalah seseorang yang menginginkan kebebasan dalam
perniagaan. Usahawan boleh membuat keputusan sendiri dan seterusnya mencapai
kejayaan atas usaha sendiri. Usahawan juga merupakan seorang peniaga yang
melibatkan diri dalam penciptaan barangan keluaran sendiri. Usahawan
mementingkan kejayaan dan kepuasan dan bukannya mementingkan keuntungan
semata-mata. Usahawan akan sentiasa mengikuti segala pembaharuan untuk menambah
sifat kreativiti. Bagi seorang usahawan, persaingan adalah satu cabaran yang
memerlukan penelitian rapi untuk terus hidup dalam dunia perniagaan. Usahawan
sentiasa berpandangan jauh dan sentiasa berfikir untuk meningkatkan kemajuan
pada masa hadapan.
Berdasarkan
kajian kami, kami mendapati sembilan ciri-ciri penting yang membantu seseorang
untuk menjadi uasahawan yang berjaya. Kami juga mengkaji kehidupan seorang
usahawan yang berjaya, Jack Ma dan lima ciri-ciri yang membantu beliau dalam
usaha beliau.
Sifat-sifat Keusahawanan (Entrepreneur Traits)
1 Rangkaian/Jaringan (Networked)
Rangkaian perniagaan dapat memastikan penyampaian dan
perolehan maklumat dengan efisien dalam merebut peluang untuk mengembangkan
perniagaan. Ia dapat dibentuk melalui laman web, blog, kad nama perniagaan,
edaran risalah, melawat rakan perniagaan untuk merapatkan hubungan dan
lain-lain. Jadi, rangkaian hubungan dengan pelanggan dan rakan usahawan perlu
dipelihara menjamin perkembangan perniagaan yang lebih meluas.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
merupakan ahli perniagaan dan jutawan melayu yang kaya. Beliau dilahirkan di
Alor Ster, kedah pada tahun 1951 dan merupakan anak ke 3 daripada 7 orang adik
beradik. Disebabkan datang daripada keluarga yang miskin beliau tidak sempat
mengambil SPM. Beliau terpaksa membantu ibu dan ayahnya dalam menanam sayur dan
menternak lembu bagi membantu keluarganya. Pada tahun 1970, beliau
berkesempatan mengambil SPM semula. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mempunyai
banyak rangkaian antaranya ialah pelabuhan, hotel, perkilangan dan pasar raya. Beliau
mempunyai banyak rangkaian perniagaan yang telah beliau ceburi antaranya ialah
pengangkutan & logistic, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan
gudang senjata. Beliau yang memegang prinsip bahawa ‘Pendidikan tidak menjamin
kejayaan dalam hidup’. Pada tahun 1972, beliau telah mendapat permit bagi empat
buah lori kelas A. Dengan bantuan pinjaman sebanyak RM 110,000 daripada MARA
dan beliau telah menubuhkan Syarikat Shah.
Ini merupakan syarikat pertama yang
ditubuh oleh beliau selepas beralih dari menjual daging lembu. Dengan penubuhan
syarikat ini beliau telah memohon lesen perdangangan beras daripada Lembaga
Padi Negara yang sekarang ini dikenali sebagai BERNAS. Dengan kerjasama antara
Lembaga Padi Negara, Syarikat Shah telah membekalkan beras kepada pihak FELDA,
MARA Senama, Pernas Edar dan Sergam Shd Bhd.
Selapas menubuhkan Syarikat Shah, Tan Sri Syed Mokthar Al-Bukhary telah
menjalinkan rangkaian perniagaan beliau dengan dua orang perniaga cina iaitu Ng
Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Kedua-dua mereka ini merupakan perdagang dan
pengilang beras. Tan Sri Syed Mokthar telah memegang sebanyak 52 peratus dalam
kepentingan syarikat itu. Daripada perniagaan beras, Tan Sri Syed Mokthar telah
mengembangkan perniagaannya dalam perladangan iaitu menghasilkan gula.
Perniagaan gula yang masih aktif mencecah RM250 juta melalui Bukhary Sdn. Bhd. Beliau pernah bergabung
dengan syarikat New Zealand Milk Products. Selain daripada itu, beliau telah
membeli MMC Corporation dan MMC pernah bergabung Gamuda Berhad dalam mendapat
kontrak landasan kereta api. Kesimpulannya, usahawan yang berjaya mesti
mempunyai kekuatan untuk bekerjasama dengan yang lain. (usahawan.com(2015)) https://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Mokhtar_Al-Bukhary
2 Mengambil Risiko Terbuka (Open Risk Taker)
Usahawan
yang mengamalkan ciri mengambil risiko terbuka merupakan seseorang uasahawan
yang berani kerana usahawan tersebut berani menerima risiko tersebut bagi mewujudkan
sesuatu yang baru. Namun usahawan yang berjaya adalah mereka yang berani
menanggung risiko. Hal ini demikian kerana, sebarang kemungkinan yang berlaku
sama ada baik atau buruk itulah yang akan memberi pengajaran kepada diri
seseorang itu terutamanya usahawan dalam merancang strategi masa hadapan.
William Henry Gates III dilahirkan pada 28 Oktober 1955) dikenali
sebagai Bill Gates. Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat
terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai
dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu
taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang
menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali.
Bill Gates kerap membuat sumbangan
dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program
kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill
& Melinda Gates Foundation. Semasa Syarikat MITS telah jatuh, Bill Gates dan
isterinya telah pun menulis perisian untuk komputer lain dan wujudnya syarikat
baru seperti Commodore, Apple dan Tandy Corp. Namun begitu, pada tahun 1979,
apabila Syarikat Microsoft telah mencapai ke tahap kemuncak, Bill Gates telah
mendapati bahawa Syarikat IBM telah menghadapi masalah besar dalam menguruskan
sistem operasi PC komputer barunya. Oleh itu, beliau telah membeli sistem
operasi yang sedia daripada syarikat kecik Seattle. Sistem tersebut dibeli
dengan harga 50,000 dolar dan menjadikannya sebagai MS-DOS (Sistem Pengendalian
Cakera Microsoft). Sistem ini dilesenkan kepada IBM. Hal ini dapat membuktikan
bahawa pada asalnya Bill Gates menghadapi masalah namun beliau telah mengambil risiko
dengan membeli perisian daripada syarikat lain dan dilesenkan kepada IBM.
Walaupun IBM telah memegang MS-DOS namun syarikat Microsoft masih mempunyai hak
untuk memberi lesen tersebut kepada syarikat lain. https://ms.wikipedia.org/wiki/Bill_Gates
3 Daya Pemerhatian (Observant)
“Observant’’ bermaksud
tajam daya pemerhatian dan peka sekeliling dengan teliti. Sebagai contoh, Dato
Wan Muhammad Sani Salleh merupakan pengarah urusan Sani United Sdn. Bhd. (SUBHD)
pada usia 35 tahun. Beliau telah menerima pelbagai pengiktirafan antaranya
ialah Usahawan Muda yang dinobatkan oleh Peniaga dan Usahawan Persatuan
anugerah Melayu Malaysia dan beliau diangga sebagai ikon generasi muda dalam
perniagaan. Untuk berjaya dalam bidang ini, Dato Wan Muhammad Sani Salleh banyak
membuat kajian yang terperinci, menganalisis dan mengatur strategi yang betul. Pada
mulanya, beliau mempunyai hasrat untuk memiliki perniagaan bas timbul selepas
beliau sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu. Selepas mendapat
beberapa pengalaman menaiki pelbagai perkhidmatan bas mendorong beliau sendiri
untuk memberi perkhidmataan bas terbaik. Dengan peluang yang ada, beliau membuat
kajian terperinci, penganalisis dan menstruktur strategi. Selain itu, Sani
Express telah mendapat penarafan 4 bintang dalam Malaysia Institude of Road
Safety Research (MIROS).
Kesimpulannya,
kita perlu mempunyai pemikiran yang positif pergi jauh di luar operasi
perniagaan sehari-hari. Kita perlu mencari peluang, peluang tidak akan datang
sendiri. Oleh itu, kita perlu mempunyai daya pemerhatian yang baik untuk
melaksanakan sesuatu tugas. Kita mestii sentiasa menjangkakan tuah dan
mengambil kesempatan itu.
4 Berwawasan (Visionary)
Wawasan adalah
keupayaan untuk melihat apa yang orang lain tidak dapat melihat. Ia
dapat mempunyai gambaran dalam fikiran anda yang betul-betul hasil yang anda
bercadang untuk menghasilkan. Usahawan berwawasan dapat melihat dengan jelas
apa perniagaannya akan kelihatan seperti di dalam setiap inci apabila ia
selesai. Perniagaan adalah satu pelaburan. Mereka mempunyai gambaran, visi yang
jelas bagaimana perniagaan yang akan bekerja di dalam inci dan hasilnya ia akan
menghasilkan. Mereka meletakkan sistem yang betul di tempat untuk membuat
wawasan mereka menjadi kenyataan. (Joe, 2015).
Steve Jobs, pengasas Syarikat Apple, merupakan seorang usahawan yang berwawasan. Beliau telah meningkatkan quality kehidupan masyarakat daripada aspek teknologi. Pada tahap permulaan, beliau mendirikan syarikat komputer dengan rakan perniagaan, Steve Wozniak. Semuannya berlaku disebabkan Wozniak telah mencipta satu papan komputer yang sangat berpotensi dan Jobs bercadang untuk menjualkannya sebab beliau mendapati banyak pihak sangat berminat dengan ciptaan kawan beliau ini. Seterusnya, syarikat Apple berjaya melancarkan komputer yang lagi canggih seperti Apple II, Apple Lisa, Apple Macintosh dan Macbook yang mempunyai pelbagai series pada hari ini. Apple juga telah menggunakan teknologi yang mereka kuasai ini dalam produk telefon bimbit, Iphone dan alat muzik, Ipod. Dengan syarat wawasan yang ada pada Jobs, beliau juga telah membawa revolusi terhadap filem animation. Beliau telah berjaya menghasilkan animation pertama yang dibuat dengan menggunakan teknologi komputer dengan George Lucas. Mereka telah mendirikan syarikat filem animation, PIXAR dan menghasilkan filem animation pertama, Toy Story. Jobs sentiasa mengetahui apa yang diperlukan oleh pengguna. Beliau sentiasa percaya kepada visinya tidak kira berapa bantahan beliau akan terima dan paling penting sekali, beliau dapat merealisasikan visinya satu demi satu. Keadaan ini serupanya Jobs telah mengetahui kehidupan masa depan terlebih dahulu daripada sesiapa pun. https://www.youtube.com/watch?v=zGu2ND4_oIk
5 Kegagalan menghasilkan Kejayaan (Failure is an Option)
Sebagai seorang usahawan, mereka tidak akan lari daripada menghadapi risiko kegagalan dalam perniagaan. Bagi seorang usahawan yang mempunyai fikiran yang terbuka dan bermotivasi, mereka akan menganggap kegagalan yang dihadapi dalam perniagaan adalah sebagai satu cabaran untuk terus maju dan berjaya dalam perniagaan tersebut. Ini bermakna mereka akan belajar daripada kegagalan yang dihadapi dengan membuat perubahan untuk bangun daripada kegagalan tersebut. Kegagalan ini dikatakan sebagai suatu pilihan kepada keusahawan untuk berjaya. Contoh Datuk Mokhzani.
Datuk Mokhzani mengalami masalah dalam perniagaanya, beliau terpaksa menjual semua saham di Tongkah Holdings dan Pantai Medicare Centre. Keadaan yang berlaku telah merunsingkan fikiran beliau. Beliau berusaha memikirkan jalan yang terbaik untuk meneruskan kehidupan dan perniagaan yang saya inginkan. Sewaktu itu, Encik Chong Hin Loon sedang mencari rakan niaga bumiputera yang berkemahiran dalam bidang petroleum untuk bersama-sama mengusahakan perniagaan tersebut.
Melalui
beberapa rakan rapat, beliau diperkenalkan dengan Encik Hin Loon. Beliau yang
berkelulusan Sarjana Kejuruteraan Petroleum bersetuju untuk bekerjasama dengan
Encik Hin Loon. Memang menjadi satu kebetulan. Hal ini demikian kerana, sejak
tahun 1989, semasa beliau mengambil alih sesebuah syarikat, pastinya syarikat
tersebut bukannya datang daripada bumiputera dan secara kebetulan juga berlaku
dalam syarikat ini.
Penguasaan
saham sebanyak 60 peratus dalam syarikat Kencana Capital Sdn Bhd telah membawa
beliau sebagai pemegang syer terbesar dalam syarikat tersebut. Kencana
Petroleum mula mengembangkan syarikatnya pada tahun 2001. Ketika itu, industri
petroleum tidak secerah kini, harga minyak ketika itu sekitar AS$22 setong.
Atas usaha dan keyakinan yang tinggi untuk berjaya dalam perniagaan serta
semangat yang cekal dan gigih, akhirnya kami berjaya diiktiraf oleh Petronas
sebagai sebuah syarikat Minor mengikut perlesenan Petronas.
Oleh itu, Kegagalan
perniagaanya menyebabkan beliau menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama
Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang Oil and Gas service
provider,IT,automotif dan hartanah. Jadi inilah adalah suatu bukti yang
ditunjukan kegagalan adalah satu pilihan. http://tokohusahawan.blogspot.my/2014/11/datuk-mokhzanimahathir-datukmokhzani.html
6 Budaya Terbuka (Open
Culture)
'Budaya Terbuka' 'adalah konsep yang mengikut mana pengetahuan hendaklah disebarkan secara bebas dan pertumbuhannya harus datang daripada membangun, menukar atau memperkaya kerja-kerja yang telah sedia ada atas dasar perkongsian dan kerjasama. Contoh usahawan yang mempunyai ciri-ciri ini ialah Robert Kuok Hock Nien.
Titik permulaan empayarnya tercatat selepas Merdeka. Beliau menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing Company pada tahun 1959 dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing. Pada 1964, beliau membina kilang gula pertama Malaysia, Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan.
Beliau turut membuka ladang tebu pertama negara, Perlis Plantation di tanah milik kerajaan dengan bantuan Felda. Pada sekitar 1970an, ladangnya diluaskan ke Indonesia, menjadikannya salah seorang pedagang utama gula dunia.
Urusannya mendapat kerjasama pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham Nasional yang membolehkan mengekalkan hubungan peringkat tertinggi dengan kerajaan.
Ini mendorong kerajaan meminta bantuan Kuok untuk menubuhkan Malaysia-Singapore Airlines(MSA) pada lewat 1960an serta syarikat perkapalan ulung negara, Malaysia Shipping Line Corporation pada 1968 ( kini MISC ). Beliau juga terbabit dengan penubuhan Bank Bumiputra Bhd dan Perbadanan Nasional Bhd yang dibentuk bagi menarik penyertaan orang melayu di bidang ekonomi.
Pada 1974, beliau memindahkan operasinya dari Malaysia dan Singapura ke Hong Kong kerana sebab-sebab cukai. Ada pihak yang mengandaikan, langkah ini disebabkan 'wujudnya persaingan sengit di kalangan usahawan Melayu dan Cina di Malaysia, disamping keperluan memelihara kepentingan beliau sendiri'.
Di Hong Kong, Kuok menubuhkan Kerry Trading Company (kerry) dan melangkah ke bidang media serta hartanah. Kerry menguasai kira-kira 10 syarikat terbitan awam Hong Kong, termasuk South China Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa Inggeris terunggul yang dibelinya dari Rupert Murdoch pada 1993. Beliau juga mempunyai kepentingan dalam The Bangkok Post.
Dengan menggunakan SCMP, beliau mengambil alih TVE Holdings yang terbabit dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan penerbitan dengan harga RM570 juta(AS$150) pada tahun 1996. Beliau juga adalah ahli perniagaan Asia pertama membina rangkaian hotel lima bintang, Shangri-la.
Dari Hong Kong, beliau beralih pula ke tanah besar China dengan melabur dalam bidang pembangunan hartanah, hotel, dagangan, komoditi, khidmat gudang dan Coca Cola. Beliau juga memupuk hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina Asia seperti Lim Sioe Liong, Oei Hong Leong, Li Ka Shing, Tan Sri Khoo Kay Peng, Datuk Tan Chin Nam, Run Run Shaw, TT Tsui, Roberto Ongpin dan Chatri Sophonpanich dalam apa yang kikatakan 'Rangkaian Bamboo'.
Oleh itu, sikap budaya terbuka menyebabkan beliau berjaya menubuhkan pelbagai jenis perniagaan sendiri di Malaysia dan Asia. Kepentingan perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu di (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, pemakanan binatang, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan. http://karenang1992.blogspot.my/2014/03/robert-kuok-hock-nien.html
7 Proaktif (Proactive)
Berdasarkan Kamus
Dewan Edisi Kedua (1984), proaktif bermaksud bersikap positf dengan merangka
dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan
berlakunya sesuatu perkara atau kejadian. Pemimpin yang pro aktif dapat membuat
keputusan yang bijak dan tanggungjawab atas keputusan tersebut. Lim Goh Tong
merupakan pengasas Genting Highland. Lim Goh Tong merupakan seorang yang
proaktif kerana beliau menikmati iklim sejuk di Cameron Highland, tiba-tiba
penuh degan idea. Beliau berfikiran bahawa atas kestabilan pendapatan yang
didapati oleh penduduk Malaysia, tanah tinggi boleh dijadikan tempat orang
ramai bereakreasi. Walaupun berfikiran demikian, beliau berpendapatan Tanah
Tinggi Cameron agak jauh berbanding dengan ibu Negara kita Kuala Lumpur. Beliau
ingin membina suatu tempat penginapan yang berdekatan dengan Kuala Lumpur
supaya perniagaan lebih berpotensi. Setelah membuat pemyelidikan, beliau
menemui Gunung Sempah merupakan tempat yang sangat sesuai untuk rancangan
pembinaan penginapan atas bukit. Beliau
lalu membentuk satu pasukan seramai 20 orang untuk meninjau dan memeriksa
keadaan gunung. Beliau dan pasukannya terpaksa merentas hutan rimba tebal,
mendaki banyak gunung curam, dan menyeberangi banyak anak air dan sungai,
sebelum sampai di puncak Gunung Kali, selama 9 hari 8 malam. Hal ini dapat
dilihat bahawa beliau seorang proaktif kerana beliau tidak menunggu peluang
yang datang, beliau bertindak mencari data dan menyelidik untuk merealisasikan
impian untuk membuka resort di Genting Highland.
Selain itu, Lim Goh Tong seorang
yang proaktif dalam menguruskan syarikatnya. Beliau telah berfungsi sebagai
pengurus projek, jurutera, pengawal kewangan, buruh dan penyelesai masalah
semasa pembinaan Genting Highland. Ini menunjukkan bahawa beliau adalah seorang
proaktif dalam memainkan banyak peranan untuk membuat apa-apa keputusan dalam
peranan yang berbeza. Mengapa beliau mahu lakukan seperti itu? Hal ini demikian
kerana beliau berharap beliau dapat lebih memahami keadaan perniagaannya dan
sehunbungan itu beliau dapat mengeratkan hubungan dengan pekerjanya. Tindakan
ini membuktikan Lim Goh Tong ialah seorang yang proaktif kerana beliau tidak
menunggu laporan daripada pekerjanya dan tidak membiarkan pembangunan
perniagaannya. Beliau turun padang untuk merealisasikan operasi dalam
perniagaannya. (My Story: Lim Goh
Tong(2004) pelanduk publication.)
Kesimpulannya, perkara ini dapat
membuktikan bahawa sifat-sifat proaktif telah membantu beliau untuk mendapatkan
peluang dan mencapai kejayaan. Kalau beliau tidak mempunyai sifat proaktif
dalam membuat penyelidikan dan menguruskan syarikatnya, sudah tentu beliau
tidak dapat menikmati kejayaannya. Jikalah peluang yang berada di hadapan kita,
tetapi kita tidak proaktif dalam melaksanakan sesuatu perkara, sudah tentu
tidak mudah mencapai kejayaan. http://www.gamblingsites.org/biographies/lim-goh-tong/
http://matrikutama.blogspot.my/2013/01/genting-highland-rahsia-kejayaan-lim.html
http://ms.swewe.net/word_show.htm/?1279970_3&Genting_Highlands
http://matrikutama.blogspot.my/2013/01/genting-highland-rahsia-kejayaan-lim.html
http://ms.swewe.net/word_show.htm/?1279970_3&Genting_Highlands
8 Berorientasikan
Pasukan (Team Oriented)
Pasukan yang
berorientasikan bermaksud pengurusan dalam sesuatu organisasi atau boleh
dikatakan sebagai kerja pasukan. Seperti orang kata: “sebatang penyepit mudah
dipecahkan, tetapi sepuluh batang penyepit susah dipatahkan”. Pasukan
berorientasikan sangat penting dalam kalangan manusia bukan sekadar itu, dalam
sesebuah syarikat mempunyai berbagai-bagai pekerja perlulah mempunyai sifat
pasukan berorientasikan kerana semangat berpasukan ini dapat menetukan
kejayanya. Usahawan Muslim diseru untuk menjalin kerjasama antara mereka untuk
menubuhkan organisasi perniagaan yang besar. Usahawan Muslim hendaklah bekerja
secara berpasukan kerana ia akan menjana kekuatan.
Salah satu usahawan yang menujukkan
ciri ini dalam pengurusan beliau ialah Tan Sri Anthony Francis Fernandes.
Beliau juga dikenali sebagai Tony Frenandes. Beliau merupakan seorang usahawan
Malaysia dan juga pengasas Tune Air Sdn. Bhd. Tune Air Sdn. Bhn. merupakan
sebuah syarikat penerbangan yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada
penduduk Malaysia dengan slogannya, “semua orang boleh terbang”. Tan Sri Tony
Fernandes menggunakan ciri-ciri tersebut bagi mengembangkan dan memantapkan
lagi organsasi syarikat AirAsia. Ciri-ciri ini juga mampu untuk menyerlahkan
potensi dan bakat serta dapat meningkatkan prestasi organisasi sekirannya
melakukan tugasan yag melibatkan kemahiran, pengalaman dan penilaian.
Sebagai contoh, Tan
Sri Tony Fernandes menggelarkan pekerja-pekerjanya Allstar kerana bagi Air Asia
faktor utama yang menyumbangkan kepada kemajuan dan dan kejayaan AirAsia adalah
peranan yang dimainkan oleh pekerja-pekerjanya. Tony akan sentiasa melawat
pekerja bawahannya di samping membuat pemantauan terhadap pekerjanya. Beliau
percaya bahawa tindakan ini membolehkan dia belajar banyak daripada pengalaman
pekerjanya. Tambahan pula, kesudian Tony untuk mendengar menyebabkan pekerjanya berasa pendapat mereka
dihargai dan hal ini mendorong mereka sanggup bekerja kuat. Hal ini demikian
kerana, Syarikat Air Asia dahulu merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh
DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan
disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Namun selepas 9 tahun
syarikat tersebut dijalankan telah menyebabkan AirAsia sekarang mempunyai aset yang bernilai hampir RM 4 billion dan
mencatatkan keuntungan sebanyak RM549 juta. Hal ini kerana, kejayaan tersebut
dilakukan secara berorientasikan pasukan bagi memajukan syarikat AirAsia.
Selain itu, Tony juga
berkata bahawa pekerja diutamakan sebelum pelanggan dan pekerja ialah asset
yang paling penting dalam syarikatnya. Beliau mementingkan persekitaran tempat
bekerja yang harmoni dan bertenaga. Beliau juga berkata syarikatnya mempunyai
satu jabatan yang khasnya untuk merancangkan aktiviti-aktiviti yang dapat menghiburkan
para pekerja di samping mengeratkan hubungan mereka. Dalam sesebuah perniagaan,
sumber manusia penting untuk memacu keuntungan dan pendapatan setiap hari. Tony
suka mencari pekerja dari pelbagai tempat yang pelik sekurang-kurangnya dia
seorang yang bercita-cita dan rendah hati. Kesanggupan melabur atas kakitangan
ini menggambarkan Tony seorang yang penyayang dan memahami. Hubungan ini
menjadikan mereka sebuah keluarga dalam perniagaan sebaliknya hubungan seorang
pekerja dan bos sahaja. Tony sendiri mendengar pandangan dan idea dari pekerja
setiap bahagian dan peringkat. Idea yang bagus dan hujah yang bernas oleh
pekerja akan diberikan perhatian. Kesimpulannya, dalam syarikat ini yang
mengamalkan sifat pasukan berorientasikan akan menuju kejayaan. http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2013/12/28/Tan-Sri-Tony-Fernandes-Founder-and-Group-CEO-of-AirAsia-Bhd/?style=biz
http://usahawanwibawa.blogspot.my/2013/09/tony-fernandes-airasia.html
http://usahawanwibawa.blogspot.my/2013/09/tony-fernandes-airasia.html
9 Berorientasikan hasil (Outcome Oriented)
Berorientasikan hasil merujuk kepada bagaimana seorang individu mentafsir dan bertindak balas kepada tugas-tugas, menyebabkan corak yang berbeza kognisi dan memberi kesan dan tingkah laku. Sebagai contoh, Irfan Khairi. Menjadi jutawan pada usia yang sangat muda adalah impian semua orang dan kejayaan Pierre Omidyar telah menggalakkan Irfan Khairi untuk menjalankan perniagaan sendiri di Internet.
Irfan Khairi mahu mendapatkan juta yang pertama sebelum
30 tahun. Jadi, dia membaca banyak buku-buku motivasi, menghadiri seminar,
ceramah dan sebagainya untuk mendapatkan motivasi. Beliau menamatkan pengajian
reka bentuk multimedia di UK. Dia merancang perniagaan online semasa bekerja.
Pada tahun pertama, ia merupakan tahun yang sukar untuk dia kerana tiada
pelanggan dan pendapatan. Mujurlah, beliau berkeras untuk menjadi jutawan, jadi
dia berpindah. Perniagaannya mula berkembang kepada 40 pelanggan sebulan.
Menurut beliau, tidak ada had untuk perniagaan online. Ia hanya memerlukan
bagaimana untuk memasarkan perniagaan online.
Beliau menubuhkan syarikat pertamanya, Irfan Khairi
SdnBhd yang pakar latihan perniagaan internet. Irfan Khairi mendapat Anugerah
Inovasi Pencapaian Muda pada tahun yang sama. Beliau juga telah menulis sebuah
buku “Rahsia Jutawan Internet Terbongkar” yang diterbitkan awal tahun ini. Buku
kedua beliau “Jutawan Nota” akan dikeluarkan tidak lama lagi, mungkin dalam
tempoh dua bulan akan datang.
Beliau berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan
memulakan perniagaan secara online. Irfan Khairi masih bekerja sepenuh masa di
rumah dengan menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan dengan bersama
isterinya. Usahawan yang berjaya adalah berorientasikan hasil. Jadi, tidak ada
keraguan bahawa Irfan Khairi adalah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia. http://www.irfankhairi.com/english/
Profil Usahawan Berjaya : Jack Ma "Penemu ALIBABA & TAOBAO Di CINA"
|
Jack
Ma merupakan seorang tokoh yang terkemuka dan asal daripada Hangzhou,China. Beliau
menguasai bahasa English yang mantap dan pernah bekerja sebagai guru Inggeris
di Electronic Industry University. Beliau telah mengasaskan syarikat pertama
yang bergantung kepada internet di China. Nama syarikat ini ialah Alibaba.
Beliau merupakan salah seorang jutawan di China yang bernilai $8.4 juta. Jack
Ma telah meletak jawatan sebagai CEO Alibaba pada Mei 2013. Dalam masa
kepimpinan beliau, beliau telah mencipta TaoBao.com untuk bertanding dengan
eBay dan berjaya menawannya hingga menyebabkan eBay menutup laman webnya di
China.
Sebelum
beliau mengambil keputusan untuk memulakan syarikat Alibaba, beliau telah
memperkenalkan idea dan fikiran beliau kepada 17 orang rakan. Namun begitu,
keputusan akhir perbicangan itu adalah kebanyakan rakan beliau membantah and
menasihatkan beliau supaya jangan mengambil langkah seterusnya dalam bidang
Internet ini kerana beliau tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dalam tentang
Internet dan paling penting sekali, beliau tidak tahu tentang cara untuk
menceburi dalam bidang ini. Berdepan
dengan sokongan yang terhad ini, beliau memilih untuk percaya kepada dirinya
tidak kira kalau semua kawannya mempunyai sebarang bentahan. Beliau tidak
sanggup melepaskan sebarang peluang untuk merealisasikan matlamat beliau, jadi
beliau mengambil risiko ini. Ini adalah disebabkan beliau berpendapat bahawa “You
have got to keep trying, and if it doesn’t work, you always can revert back to
what you were doing before.”
1. OPEN CULTURE
Jack Ma telah berjaya mengubah cara
hidup manusia terutamanya penduduk Asian. Dengan asasnya Alibaba, banyak
peniaga sekarang sangat berkeyakinan untuk berniaga dengan peniaga luar negara.
Alibaba beroperasi sebagai pihak petengahan antara pembekal dan pelanggan.
Contohnya, syarikat menjual pakaian, Syarikat A sebagai pelanggan ingin
menghasilkan pakaian di negara Vietnam disebabkan kos pengeluaran yang lebih
rendah. Oleh itu, Alibaba akan sebagai pihak pertengahan bagi Syarikat A dan
pihak membuat pakaian. Syariakt A akan membayar jumlah pengeluaran itu kepada
Alibaba dahulu, dan setelah pihak pengeluran pakaian telah menyiapkan stok,
Syarikat A boleh menilai kualiti stok dulu sebelum memberi persetujuan kepada
Alibaba untuk membayar kepada pihak Vietnam. Cara perniagaan ini telah memberi
banyak manfaat kepada peniaga dan ini telah menyakinkan peniaga untuk berniaga
bergantung kepada Internet.
Tambahan
pula, Jack Ma telah membantu banyak perniagaan kecil untuk berkembang dan
mencipta banyak peluang pekerjaan dengan ciptaan TaoBao. Taobao telah memudahkan
kehidupan manusia untuk membeli barang melalui internet. Pelanggan bukan sahaja
boleh mendapat apa barang sahaja daripada Taobao, tetapi juga boleh menilai dan
membuat bandingan barang jualan daripada penjal yang berbeza dari segi harga,
komen dan tahap kepercayaan yang ditetapkan oleh pelanggan.
2. TEAM ORIENTED
Jack
Ma menganggap pekerjanya sebagai anggota keluarga. Jack selalu memberi ucapan
yang bermotivasi dan memberitahu pekerjanya visi yang jelas terhadap langkah
seterusnya. Pada tahap awal, Alibaba beroperasi dengan tidak menjana profit.
Media massa dan pihak luar berpendapat bahawa Alibaba merupakan satu syarikat
yang tidak erti untuk menjana keuntungan. Namun begitu, pasukan Jack tetap
bekerja keras dengan-Nya untuk membina dan mengukuhkan syarikatnya di Internet.
Ini adalah disebabkan Jack mentadbir syarikatnya dengan cara yang lain. Beliau
sentiasa mengadakan karaoke dengan pekerja, membuat “handstand” dengan pasukannya
semasa berlawan dengan eBay, dan sanggup membuat persembahan kepada pekerjanya
dalam acara syarikat. Semuanya ini adalah tanda-tanda penghargaan Jack Ma
kepada semua pekerjanya. Dengan usaha bekerjasama antara anggota Alibaba,
Alibaba berjaya menawan eBay dengan melancarkan laman web baru, Taobao. Beliau
sentiasa menekan bahawa Alibaba merupakan syarikat yang menganggap pelanggan
sebagai aspek pertama, pekerja Alibaba ialah aspek kedua dan pelabur
ditempatkan ketiga.
3. OPEN RISK TAKER
Jack
Ma telah mengalami masa kesusahan semasa perkembangan Alibaba. Pada Oktober
1999, syarikat Alibaba telah mengaut $5 juta daripada Goldman Sachs dan $20
juta daripada SoftBank. Dengan keputusan yang baik ini Jack berpendapat untuk
menyenaraikan Alibaba pada 2002. Namun begitu, NASDAQ mengalami kesusahan. Kebanyakan
perniagaan internet telah ditamatkan. Jack Ma mengambil kesempatan ini
berkunjung ke London untuk memperkenalkan Alibaba kepada masyarakat barat. Pada
July 2000, Jack Ma sebagai usahawan Cina yang pertama dipaparkan pada muka
surat majalah Forbes. Alibaba berkembang terlalu pesat tetapi syarikat masih
tidak menjana sebarang keuntungan buat masa itu. Ini menyebabkan Jack Ma
terpaksa memecat semua pekerja international untuk melindungi Alibaba. Seterusnya,
Jack mendapati bahawa pelanggan laman web sanggup membayar untuk menambah populariti
carian produk mereka dalam internet. Oleh itu, Jack mula melancarkan pembayaran
bagi servis ini dan berusaha untuk memujuk peniaga tempatan menggunakan
internet untuk membantu perkembangan perniagaan mereka sendiri. Tidak lama
kemudian, Alibaba secare rasminya menjana keuntungan.
4. Failure is an option
Pada 1995, Jack Ma
membina syarikat internet pertama di China, China Pages. Laman web yang bertanggungjawab untuk menyediakan data
dan satu senarai Inggeris secara atas talian kepada syarikat-syarikat China. Walaupun
syarikat ini akhirnya tidak dapat diteruskan kerana China masih belum bersedia
untuk mendedah dengan Internet. Namun begitu, beliau tidak berputus asa pada
masa itu dan berpendapat tidak berasa sesal kerana sekiranya beliau tidak dapat
menjayakan idea ini, tetapi mesti akan ada orang yang merealisasikannya. Beliau
seterusnya mendirikan Alibaba kerana
banyak perniagaan kecil mula bertambah dan berniaga secara atas talian di
China.
5. Visionary
Jack Ma mempunyai pendapat jauh dan matlamat panjang masa
bagi Alibaba. Semasa perkembangan eBay, mereka telah membeli saham Each.net,
satu laman web yang memimik eBay dalam China. Jack Ma meramalkan bahawa eBay
akan mula membuat langkah untuk mengekploitasi pasaran China tidak lama lagi. Oleh
itu, beliau telah berkumpul pekerjanya dan mula membuat persediaan atas
Taobao. Walaupun pada permulaannya, eBay
kelihatannya tidak mungkin akan ditewas tetapi Jack berpendapat bahawa Taobao
akan lebih sesuai untuk masyarakat tempatan berbanding dengan eBay China.
Akhirnya, beliau berjaya membuktikan bahawa ramalannya adalah betul dan eBay
pun menarik diri daripada pasaran China. Ini adalah disebabkan Jack Ma dan
pasukannya lebih memahami corak kehidupan tempatan daripada eBay yang ditadbir
oleh orang barat. Jack menyediakan servis perbualan antara pelanggan dengan
penjual dalam Taobao supaya dapat menjalin hubungan dan membina kepercayaan
serta berunding harga.
https://www.youtube.com/watch?v=ZH9-_GLqGC4 https://en.wikipedia.org/wiki/Jack_Ma
DISEDIAKAN
OLEH:
|



















The best online gambling agent is Bandar Slot, Casino SBOBET 338a, maxbet, mr8asia, Betting Prediction, Biggest and Most Trusted in Indonesia. Free Signup Process! You can directly play with less than 3 minutes process.
ReplyDeleteIn the gambling game a lot of game options that you can choose to play. In this game for example Casino Online or Betting Ball in SBOBET and MAXBET and MR8ASIA, Online Game Gambling at this time has become one of the games favored by all players and betting fans.
In addition to being the Best, Largest and Most Reliable Ball Player in Indonesia, the Prediction of Ball Score and other gaming gambling options in the Applebola Online Applicator are a lot of variety including Casino Games like 338A, ioncasino, Gamplay, gold deluxe and Sportsbook like Sbobet, maxbet, mr8asia there are many more that can be played on our official website. For interested players please directly contact our Customer Service who is ready to serve 24 hours if there is difficulty in doing the Registration, Deposit and Withdraw.
Judi Online is an agile basketball player, Casino SBOBET 338a, ibcbet, Betting Prediction and slot game, Biggest and Most Trusted in Indonesia
For withdrawal and deposits we are ready to serve you with pleasure where your satisfaction is the goal APPLEBOLA. We will serve as long as you need help from us. If you have difficulty in game, We will be ready to assist you in handling your difficulties. Please contact us on the live chat page available. Because we are here for you by putting forward the safest, best and trustworthy service.
The best and greatest APPLEBOLA Reliable Ball Agent provides professional and friendly customer service and you can count on, which you can call 24 hours via email, phone, sms, or chat via online live chat that we provide.
Privacy and Security Guarantee
APPLEBOLA's football agent is committed to maintaining the confidentiality of your data. In accordance with our mission to provide safe, fast, and easy service so that you play it safely and comfortably without you having to worry about the money you play.
bandar judi online
taruhan bola sbobet
agen casino indonesia
judi online
bandar taruhan bola online
PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,
ReplyDelete